Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah pesawat pejuang MiG-29 Russia terhempas di Laut Mediterranean ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut Admiral Kuznetsov, lapor kementerian pertahanan negara itu.
Menurut kementerian itu, juruterbangnya berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kementerian Pertahanan berkata bahawa kemalangan itu adalah berpunca daripada kesilapan teknikal ketika sebuah sesi latihan ketenteraan.
Admiral Kuznetsov adalah sebahagian daripada kumpulan kapal perang Russia yang baru-baru ini dikerahkan ke kawasan berhampiran pantai Syria.
"Kemalangan udara yang melibatkan MIG-29K berlaku semasa sesi latihan penerbangan akibat daripada kesilapan teknikal apabila pesawat itu cuba membuat pendaratan," kata kementerian itu.
Armada Tentera Laut Rusia kini dilaporkan meneruskan aktiviti mereka seperti biasa.
Pesawat MiG-29K (nama yang diberikan NATO: Fulcrum) merupakan pesawat versi tentra laut Rusia yang direka khusus untuk menyasarkan sasaran darat. Jet itu sudah melalui proses modernisasi yang mengelompokkan pesawat itu ke kumpulan jet pejuang generasi 4++.
15 November 2016 - 10:12
News ID: 792076

Sebuah pesawat pejuang MiG-29 Russia terhempas di Laut Mediterranean ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut Admiral Kuznetsov, lapor kementerian pertahanan negara itu.